Sunday, July 10, 2011

Set Lengkap HPA

Peraturan KKM Mengenai iklan herba

Panduan untuk blogger-blogger Hpa yang ingin mengiklankan produk-produk khususnya PRODUK HERBA melalui internet.

Kita sebenarnya tertakluk kepada Akta yang dibuat oleh pihak KKM untuk mereka yang ingin mengiklankan produk mereka kepada masyarakat umum.

Seksyen 2
Akta Ubat-Iklan Dan Penjualan 1956.

Iklan termasuklah sebarang notis, pekeliling, laporan, ulasan, penguguman yang dibuat secara lisan atau dengan sebarang cara bagi mewujudkan atau memancarkan cahaya dan bunyi.
Contohnya;
1. Iklan di Television
2. Radio
3. Majalah
4. Akhbar
5. Risalah
6. Internet
7. Bunting
8. 'Billboard'
9. Slot program Tv
10. 'Talk show'
11. Iklan di Bas atau kenderaan awam
12 Testimoni dan advertorial

Mengapa Iklan perlu dikawal?

1. Iklan-iklan yang MENGELIRUKAN
2. Iklan-iklan yang mempunyai unsur PENIPUAN
3. Produk-produk TIDAK BERDAFTAR
4. Indikasi yang TIDAK DILULUSKAN
5. Tuntutan perubatan yang berlebihan

Iklan-Iklan Yang Dilarang
20 JENIS PENYAKIT YANG TIDAK BOLEH DIIKLANKAN:

1. Panyakit/kerosakan buah pinggan
2. Penyakit/ kerosakan Jantung
3. Kencing Manis
4. Sawan
5. Lumpuh
6. Batuk Kering
7. Asma/Lelah
8. Kusta
9. Barah
10. Pekak
11. Ketagihan Dadah
12. Hernia
13. Penyakit Mata
14. Tekanan Darah Tinggi
15. Sakit Mental
16. Kemandulan
17. Frigiditi
18. Lemah Fungsi Seks/impotent
19 Penyakit venerus
20. Kelemahan urat saraf atau aduan kelemahan lain, timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan seks.

Tanggungjawab Media:
Untuk produk farmaseutikal berdaftar, lain-lain remedi dan perkhidmatan perubatan; "Pastikan iklan telah mendapat kelulusan dari lembaga Iklan Ubat dan Format iklan adalah sama seperti format yang diluluskan".

Untuk menyemak status pendaftaran, sila layari www.bpfk.gov.my
Untuk mengetahui adakah FORMAT merupakan versi yang diluluskan boleh melayari www.pharmacy.gov.my

Pastikan Pengiklanan secara bertanggungjawab!

Bahagian Penguatkuasa Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia.